Pengembaraan Kami

10+ Tahun Evolusi

Dari aplikasi Android sederhana pada tahun 2016 hingga Chat AI yang canggih hari ini. Kad Kahwin Digital sentiasa berkembang seiring dengan teknologi.

PERMULAAN

Kad Kahwin Digital

Kad Kahwin Digital 2016

Bermula sebagai perkhidmatan membuat aplikasi Android sebagai alternatif kad kahwin tradisional. Membentuk batu asas untuk kad kahwin digital dengan fungsi navigasi ke lokasi & imbas QR Code.

VERSI WEB

Kad Kahwin Digital Micro

KKD Micro 2017

Buat pertama kalinya, kad kahwin digital menjadi versi web. Pengguna boleh daftar akaun & buat kad kahwin digital mereka sendiri secara percuma. Memperkenalkan fungsi peringatan majlis di kalendar Google.

PLATFORM PENUH

KadKahwinDigital.my

KKD 2019

Dilancarkan sebagai platform web untuk memudahkan pengguna membuat kad kahwin digital mereka sendiri. Membawakan fungsi galeri gambar, video lagu dari YouTube & reka bentuk sistem yang lebih mesra pengguna. Logo baru juga diperkenalkan.

ADAPTASI PKP

PKP (Covid-19)

Dengan adanya PKP, kami memperkenalkan fungsi RSVP untuk memudahkan pengantin menguruskan senarai tetamu hadir. Fungsi reaksi emoji juga ditambah bagi membolehkan tetamu menunjukan tanda mereka meraikan pengantin.

KECERDASAN BUATAN

Kad Kahwin Digital + Chat AI

KKD 2023 Chat AI

Naik taraf terkini untuk Kad Kahwin Digital. Seluruh sistem dibangunkan semula dengan menggunakan teknologi terkini. Fungsi Chat AI juga ditambah bagi membolehkan tetamu mendapatkan maklumat terkini mengenai majlis.

KOLABORASI

Kad Kahwin Digital x SenangWebs

KKD SenangWebs

Kad Kahwin Digital bekerjasama dengan platform membuat laman sesawang, SenangWebs. Pengguna boleh menyambungkan akaun mereka untuk membuat kad digital atau eKad dengan editor laman web SenangWebs.

EJEN AI

Kad Kahwin Digital + Ejen AI

KKD 2025 Ejen AI

Selaras trending teknologi semasa, Kad Kahwin Digital menggunakan teknologi Ejen AI untuk membantu pengguna membuat kad kahwin digital mereka sendiri.

Baca: Cara buat kad kahwin digital guna Ejen AI

AKAN DATANG

Kad Kahwin Metaverse

KKD Metaverse

Peningkatan teknologi kad kahwin digital ke alam maya dengan teknologi metaverse. Membolehkan tetamu melawat kad kahwin digital dalam persekitaran interaktif maya (VR), skrin komputer atau telefon pintar.

KKD Logo

Inovasi Anak Malaysia Sejak 2016

Contact Us

Kad Kahwin Digital

By Bookklik Technologies

[email protected]

+60 11-7021 6583

Selangor, Malaysia

2026 © Kad Kahwin Digital. All rights reserved.
Loading...